27.6.10

Efnie l Ijat Reception : 13062010

Orangnya ceria dan gila-gila, tapi kadang-kadang manja. Efnie, sahabat yang saya kenali ketika sama-sama berjuang untuk bergelar pendidik di IPRM dulu. Suaminya, Ijat memang 'sekepala'. Suka tika merakamkan detik indah bersama mereka. Buat anda berdua, cepat-cepat menimang cahayamata!







Mashitah l Ikmal Solemnization : 12062010

Sahabat saya ketika di Derma, sama-sama menghuni asrama, suka-duka mengharungi kisah di rumah sewa. Banyak detik kami bersama rupanya. Kelakar mengenangkan kisah tragis, halangan dan dugaan yang perlu dia tempuh sebelum bergelar raja sehari. Mujur Ikmal sentiasa berada di sisi. Buat kalian, majlis dah lepas,apa lagi, cepat-cepatlah timang baby!


















Zaliza l Ady : 05062010

Perkenalan saya bersama pengantin baru ini tidak disangka. Atas urusan saya bersama bank, kami sering berjumpa atas urusan kerja. Kini, dia melamar saya untuk merakamkan detik-detik istimewa pada hari bahagianya. Lokasi? Di Taman Mergong Jaya, Alor Setar, nyata dekat sangat-sangat dengan kediaman kakak saya. Tiada aral melintang, segalanya berjalan lancar dengan jayanya. Nyata semarak cinta pasangan bahagia ini dibias pada hasil kerja saya. Saksikan..

Faizah l Hafiz : Terikat sudah..

Semangat cinta kami ikatkan pada tanggal 10.06.2010 lepas.Sempurna dirancang, diatur malah di perinci satu persatu agar segala-galanya bergerak searah. Janji diikat pada tarikh ini, sempena meraikan hari lahir tunang tersayang yang ke-28. Satu hadiah teristimewa buatmu.Sayang kamu, cinta kamu...

















25.5.10

Pah l Sahabat Selamanya

Inilah gerangan orang yang pernah kalah bergaya. Dia tak pernah hiraukan sesiapa. Janji hatinya bahagia. Suka mencipta perkara luar biasa. Dirinya penuh dengan gelak tawa, dialah yang selalu menjadi penglipur lara di kala duka. Walau kami baru berkenalan belumpun hampir 2 tahun lamanya, tapi ikatan yang dirasa bagaikan satu keluarga. Kami saling diciptakan untuk bersama. Dialah sahabat saya, si lincah Dayang Suhana @ Shodo @ Pah @ Natang Ayam @ Panggil saja apa padanya, dia tetap suka. Saya pun suka juga =)


Kerja Dulu-Dulu l Sebelum 2010

Di sini saya titipkan koleksi 'kerja dulu-dulu' yang masih tersimpan di dalam compaqku ini. Hanya satu yang tinggal, kerana seingat dulu, semuanya selamat tersimpan dalam cakera-cakera di kampung halaman yang entah tahu untung nasibnya.Harap semuanya masih selamat...=)

Fauzi l Azimah's Engagement : 220510

Buah tangan pertama setelah hampir sekian lama meninggalkan alam cherita di dalam sekeping lembaran ini.Sangat teruja untuk kembali melangkah. Nah, inilah hasilnya. Saya abadikan di kala terikatnya satu cinta antara 1 jejaka & 1 jelita.Adinda kepada sahabat saya, yang kini ikatannya bagai satu keluarga...
FAUZI & AZIMAH