28.6.10

Mashitah l Ikmal Reception : 12062010

Merah menyala tanda semangat cinta nan membara. Teruna dan dara jelita memilih rona garang ini sebagai rona pilihan. Mereka menggoda saban mata yang nyata terpana, bak menyaksikan sang putera yang menyunting hati sang puterinya dengan kegagahannya. Kaum keluarga dan sahabat handai sama meraikan hari bahagia mereka, sama berkongsi rasa gembira, dan rasa penuh teruja..











27.6.10

Efnie l Ijat Reception : 13062010

Orangnya ceria dan gila-gila, tapi kadang-kadang manja. Efnie, sahabat yang saya kenali ketika sama-sama berjuang untuk bergelar pendidik di IPRM dulu. Suaminya, Ijat memang 'sekepala'. Suka tika merakamkan detik indah bersama mereka. Buat anda berdua, cepat-cepat menimang cahayamata!







Mashitah l Ikmal Solemnization : 12062010

Sahabat saya ketika di Derma, sama-sama menghuni asrama, suka-duka mengharungi kisah di rumah sewa. Banyak detik kami bersama rupanya. Kelakar mengenangkan kisah tragis, halangan dan dugaan yang perlu dia tempuh sebelum bergelar raja sehari. Mujur Ikmal sentiasa berada di sisi. Buat kalian, majlis dah lepas,apa lagi, cepat-cepatlah timang baby!


















Zaliza l Ady : 05062010

Perkenalan saya bersama pengantin baru ini tidak disangka. Atas urusan saya bersama bank, kami sering berjumpa atas urusan kerja. Kini, dia melamar saya untuk merakamkan detik-detik istimewa pada hari bahagianya. Lokasi? Di Taman Mergong Jaya, Alor Setar, nyata dekat sangat-sangat dengan kediaman kakak saya. Tiada aral melintang, segalanya berjalan lancar dengan jayanya. Nyata semarak cinta pasangan bahagia ini dibias pada hasil kerja saya. Saksikan..

Faizah l Hafiz : Terikat sudah..

Semangat cinta kami ikatkan pada tanggal 10.06.2010 lepas.Sempurna dirancang, diatur malah di perinci satu persatu agar segala-galanya bergerak searah. Janji diikat pada tarikh ini, sempena meraikan hari lahir tunang tersayang yang ke-28. Satu hadiah teristimewa buatmu.Sayang kamu, cinta kamu...